Join WhatsApp group

https://chat.whatsapp.com/FHiRCAHtyWkCbTAgzsJ19H

https://chat.whatsapp.com/DIe2IOcXB3bBh9xs2AuCEX

https://chat.whatsapp.com/FQX5WpuLs5sIyeGT3lW3wi

20- Tuhanku! Bagaimana dapat dijadikan dalil untuk menunjukkan padaMu, sesuatu yg dalam wujudnya berhajat kepadaMu. Apakah ada sesuatu yg lebih terang daripadaMu, sehingga ia dapat menjelaskan Engkau. Bilakah Engkau ghaib/tidak ada sehingga diperlukan petunjuk yg dapat menunjukkan padaMu, dan bilakah Engkau jauh sehingga alam ini dapat menyampaikan padaMu/mendekatkan kepadaMu.

21- Tuhanku! Sungguh buta mata yg tidak dapat melihat pengawasanMu terhadap diriku. Dan sungguh rugi dagangan seorang hamba yg tidak mendapat bahagian dari rasa cinta kepadaMu.

Ubaidah bin Asshaamut r.a berkata: Rasulullah S.A W bersabda: Seutama-utama iman seseorang, jika ia telah mengetahui bahawa Allah selalu bersamanya dimana ia berada. Allah telah mewahyukan kepada seorang Nabi a.s: Hai hambaKU! AKU kasih padamu, maka demi hakKU engkau harus cinta kepadaKU.

Terjadi seorang budak sahaya pada waktu malam berdoa: Ya Tuhanku kerana cintaMu kepadaku, maka ampunkanlah bagiku. Maka didengar oleh majikannya: Jangan berkata demikian, sepatutnya engkau berkata: Kerana cintaku kepadaMu. Jawab budak nya: Tuan, kerana cinta kasih Allah kepadaku maka aku diislamkan, dan dibangunkan untuk beribadat, sedang lain-lain orang nyenyak tidur.

_AL-HIKAM

﷽۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ﷺ🌹

Leave a Comment